Ahiṃsā

Prinsip ahimsa adalah merupakan aspek yang asas dan terkenal sekali dalam agama Jina. Dalam agama Jina, membunuh sebarang makhluk bernyawa semata-mata demi nafsu syahwat diperkira sebagai menyebabkan kecederaan. Tindakan meninggalkan mencederakan makhluk bernyawa lain dilihat sebagai satu kemestian. 

Perlaksanaan harian ahimsa ini, adalah lebih banyak penjelasannya berbanding dengan agama lain dan menjadi mercu tanda bagi identiti agama Jina. Amalan tidak mencederakan ini diamalkan terlebih dulu dan menjadi keutamaan dalam perhubungan sesama manusia lain, dan penganut Jina mempercaya bahawa menghindarkan mencederakan makhluk bernyawa lain adalah menerusi tindakan, ucapan dan juga pemikiran. 

Sebagai tambahan kepada tidak mencederakan manusia lain, ajaran agama Jina turut memperluas amalan tidak mencederakan dan tanpa keganasan terhadap makhluk-makhluk lain. Disebabkan hal ini melibatkan ideal yang tidak boleh diamalkan secara sempurna, maka penganut ajaran Jina mengenalpasti hierarki kehidupan, yang memberi perlindungan yang lebih kepada manusia dahulu, kemudian diikuti oleh haiwan, serangga, dan seterusnya tumbuhan. Oleh sebab itu, amalan pemakanan sayuran menjadi keutamaan bagi penganut Jina, dengan majoritinya mengamalkan vegetarian tulen. Jika wujud keganasan terhadap haiwan semasa pengeluaran produk tenusu, maka vegetarian akan diamalkan lagi dengan mengelakkan susu. 

Selepas manusia dan haiwan, serangga pula menjadi makhluk bernyawa yang diberi perlindungan menurut amalan Jina yang mengelakkan tindakan mengasari serangga secara sengaja. Contohnya, serangga dalam rumah diberi perlindungan sehingga ia keluar berbanding dengan membunuhnya. Mencederakan secara sengaja dan ketiadaan belas kasihan akan menyebabkan tindakan itu menjadi lebih ganas menurut pandangan agama Jina.

Selepas tidak mencederakan manusia, haiwan dan serangga, ajaran Jina menumpukan usaha kepada tidak mencederakan tumbuhan-tumbuhan dengan tidak melampaui batasan. Walaupun diakui bahawa tumbuhan adakalanya perlu dimusnahkan demi untuk mendapatkan makanan, namun mereka menerima bahawa keganasan seperti itu tidak boleh melampaui had yang sekadar mencukupi untuk manusia meneruskan kehidupan sahaja. Penganut Jina yang tegar, termasuklah biarawan mereka tidak akan memakan sayuran yang berakar seperti kentang, bawang dan halia kerana bimbang organisme-organisme yang mendiami akar tumbuhan tersebut tercedera apabila tumbuhan itu ditarik dari tanah selain akar dan kebolehan saluran untuk berkembang dilihat sebagai satu ciri makhluk hidup. 

Agama Jina mempunyai rangka kerja yang panjang lebar mengenai jenis-jenis kehidupan dan bentuk-bentuk kehidupan yang mungkin tidak kelihatan di mata kasar. Menurut ajaran Jina, niat dan emosi di sebalik keganasan itu dilihat sebagai lebih penting berbanding tindakan atau amalan tersebut. Contohnya, jika seseorang itu membunuh makhluk lain disebabkan oleh kecuaian dan kemudian bertaubat selepas itu, maka karma-bandhan atau ikatan karmanya menjadi berkurangan berbanding dengan apabila seseorang itu membunuh makhluk yang sama disebabkan oleh rasa marah, berdendam dan lain-lain. 

Seorang askar yang bertindak mempertahan dirinya, maka tahap karmanya dikira sebagai jenis keganasan yang lain pula berbanding dengan seseorang yang membunuh orang lain disebabkan oleh rasa marah atau membalas dendam. Keganasan dalam peperangan atau perang dalam mempertahan diri boleh lagi diberi kebenaran, namun ia mestilah cuma sebagai jalan terakhir selepas jalan perdamaian tidak boleh dicapai lagi.